ego is useless :)
Dia terlalu sayangkan aku. Itu
yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin
dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab
nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk.
Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku
dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan,
dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas
memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak
mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab
yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun
tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang
sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan
aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia Cuma
senyum dan cakap pada aku,
“Belum tentu perempuan yang
sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak …
Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya
ada untuk awak …”
Yang nyata, aku langsung tak
setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend
kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai
kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik
jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa
aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang
tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh.
Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya
satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak
betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan
sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling
penting bahagiakan awak. Saya bahagia tengok awak bahagia, ”
Tu kata-kata terakhir dia untuk
aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk
mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba- tiba
ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu
dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah
kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak
keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di
hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk
di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang
wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata
seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku.
Aku dah sakiti dia tapi dia
rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat
meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik.
Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan
selesai. Dia
berada di dalam ICU. Dia koma,
tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri
aku. Kawannya menghulurkan sesuatu.
“Aku rasa benda ni dia nak
bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku.
Kawannya terus berlalu selepas
itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia
tentang kejadian sebenar? Yang
nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia
bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka
bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan
kertas itu ku buka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam
botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku.
Aku sebak membaca bait-bait dalam
kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada
kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak
dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca
setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak
tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk
hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di
dalamnya tertulis,..
“Love is like a poisonous mushroom.
You don’t know if it's the real thing until it's too late.. ”
Aku tersenyum sendiri. Aku
buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari
cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan
suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa,
inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang
membaca kata- kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti
seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh
calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia
bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan
asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana- mana lelaki
kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati
aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak
tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya , Aku
bisikkan ketelinganya,
“ Sayang..saya datang… Cepatlah
sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
Pertama kali aku minta maaf
darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panik.
“Hei, apa yang kau dah buat
pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku ?”
jerkahan kawannya mengejutkan
aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku
diminta keluar. Setiap hari
aku berdoa supaya dia cepat sembuh,cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah
mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih
perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia
sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk
aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman
dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun
kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia.
Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di
lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera
bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku
dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang
cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang
minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang
dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek
ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak
ya? Abang jaga akak tu elok-elok, ”
Ramah gadis yang bekerja
sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya.
Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang.
Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni
dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni.
Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak.
Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya ?”
Aku suakan sudu pada dia.
Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting
ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan
lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin
dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok
awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak
lagi, ”
pantas dia menarik selimut
menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah
tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi
katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari
jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi
yang mebuatkan jantung aku hamper gugur bila jururawat itu memberitahu dia
masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana
aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia
lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak
berbaik dengan kawan- kawannya.
Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya.
Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung
aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan
ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja
dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi
serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap
perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang
juga makan di sebelahnya mengusap- usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku
sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi
dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu Cuma
untuk aku kini khas buat lelaki lain. Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak
nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat
apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling
agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang
pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan
yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang
baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu,
bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti
dulu.
No comments:
Post a Comment